PERCUMA · SEKOLAH RENDAH

Log masuk DELIMa
dalam beberapa saat.

Murid klik nama sendiri, taip kata laluan, terus ke Google Classroom. Tiada perlu taip emel panjang. Tiada admin diperlukan.

Komputer dikongsi. Murid menaip emel yang salah. Masa kelas habis begitu sahaja.

  • Emel DELIMa murid panjang dan susah diingat
  • Murid tersilap taip, akaun terkunci, guru terpaksa bantu satu-persatu
  • 10 minit pertama habis hanya untuk log masuk
  • Kelas seterusnya dapat akaunnya masih dalam sesi yang lama

Macam mana ia berfungsi

Tiga langkah. Buat sekali, guna sepanjang tahun.

Jana senarai kelas anda

Muat naik fail xlsx DELIMa di laman jana.html. Senarai nama dan emel murid dijana terus dalam pelayar anda, tidak dihantar ke mana-mana pelayan. Klik "Muat turun pemasang penuh (.zip)" untuk mendapatkan pemasang anda.

Pasang pada komputer makmal

Ekstrak zip ke USB atau folder tempatan. Pada setiap komputer, klik dua kali pasang.bat. Tiada internet diperlukan semasa pemasangan.

Murid klik nama, taip kata laluan

Paparan kelas muncul di skrin. Murid pilih nama sendiri, sahkan, kemudian taip kata laluan DELIMa. Selesai. Terus ke Google Classroom.

Apa yang ada dalam Quick Login DELIMa

Tiada admin diperlukan

Pemasangan menggunakan skrip bat biasa. Guru boleh pasang sendiri tanpa hubungi IT sekolah.

Mod incognito automatik

Chrome dibuka dalam mod incognito. Kelas seterusnya dapat skrin yang bersih, tiada sesi tertinggal.

Serasi dengan AINS NILAM

Log masuk Google DELIMa yang sama membuka akses ke AINS NILAM dan aplikasi lain dalam ekosistem MOE.

Data kekal di komputer anda

Senarai nama murid dijana dan disimpan pada komputer sekolah sahaja. Tiada maklumat dihantar ke luar.

Sedia untuk dipasang

Muat turun folder pemasangan. Zip mengandungi launcher (index.html), contoh roster.js, skrip pasang.bat dan nyahpasang.bat, ikon, serta fail BACA-SAYA.txt.

Lihat panduan pemasangan Panduan makmal (banyak komputer)

Soalan yang kerap ditanya